assalamualikum,,
hi awak - awak, kirahae harini nak cerita pasal review buku yang kirahae dah baca pasal adolf hitler ni,,
Oleh itu, Alois memilih nama Adolf Hitler supaya mempunyai cirri pemimpin. Alois juga mempunyai dua orang adik –beradik tiri hasil perkahwinan Alois yang pertama. Alois menerima surat perpindahan ke Leonding, namun Klara risau akan hal itu kerana risau tentang penjagaan anak – anaknya. Alois berjaya meyakinkan Klara untuk berpindah ke Leonding. Alois Hitler merupakan seorang yang panas baran dan suka memarahi orang lain. Sifat sabarnya amat tipis. Klara terpaksa menerima perangai suaminya dengan sabar. Sewaktu di Leonding, Alois telah bersara dan membeli sebuah rumah yang berkonsepkan ladang. Oleh sebab faktor usia, Alois tidak berdaya untuk bertani dan membuatkan dia rasa penat lalu melepaskan amarah kepada keluarganya dengan menyakiti Klara serta menjadi peminum alcohol tegar. Pertelingkahan antara Klara dan Alois sering disaksikan oleh anak-anak mereka. Retetan itu, anak sulung mereka membantah tindakan bapanya dan melarikan diri ke Ireland akibat pertelingkahannya dengan Alois.
Setelah anak lelaki sulung mereka menghilangkan diri, kini tiba masanya Adolf Hitler mengalas tugas abang tirinya untuk menjaga keluarga. Adolf Hitler memasuki sekolah Monasteri Benedictine di Lambach. Adolf mendapat seorang kawan bernama Tobias yang menyedari bahawa Adolf mempunyai bakat dalam melukis mengupah Adolf untuk melukis potret cinta pertamanya dengan beberapa biji gula-gula. Di sekolah Realschulle, Adolf mula memberontak dengan tidak mendengar kata gurunya. Oleh itu, Alois dipanggil ke pejabat sekolah untuk berjumpa pengetua. Alois berasa sangat malu dengan kelakuan anaknya. Pengetua sekolah menyarankan Alois untuk menjadi teladan dan memberitahu bahawa Adolf mempunyai bakat seni dalam lukisan berdasarkan lakaran – lakaran Adolf. Alois mengetahui bakat anaknya tetapi dia tidak mahu Adolf menjadi seniman. Dia mahukan anaknya mengikut jejaknya untuk menjadi seorang pegawai kerajaan. Adolf mula cenderung kearah politik yang membimbangkan. Alois cuba membaiki hubungannya dengan Adolf namun sudah terlewat. Pada 3 Januari 1903, Adolf menerima panggilan daripada gurunya tentang kematian ayahnya. Kini, Adolf Hitler memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga oleh kerana abang tirinya yang melarikan diri tidak dapat dijejaki. Akibat kesempitan hidup, keluarga Adolf berpindah ke tempat yang lebih murah. Adolf suka menghabiskan masanya dengan menonton opera dan membaca buku secara dengan menggunakan duit pencen ayahnya. Adolf seperti tiada hala tuju dan hal ini mebimbangkan Klara. Setelah bertemu dengan August di panggung, Adolf ingin memasuki Akademi Seni Halus di Vienna, hal ini mengembirakan ibunya. Sebelum ke Vienna Klara disyaki mempunyai barah payudara dan meragut nyawa. Perkara ini menyebabkan Adolf dan adik-beradiknya menjadi anak yatim.
Oleh itu, Angela, kakak tirinya berputus untuk berkahwin manakala adik perempuannya, Paula akan ditempatkan di rumah anak yatim. Adolf membawa diri ke Vienna untuk menyertai temuduga untuk memasuki Akademik Seni Halus. Di Vienna, Adolf bertahan dengan duit saran ayahnya dan elaun anak yatim. Setelah Adolf gagal temuduga, Adolf sekali lagi hilang arah dan sangat kecewa. Oleh itu, dia membawa dirinya, Adolf menjadi seorang gelandangan kerana kehabisan duit. Dia menggunakan bakatnya untuk mendapatkan sedikit pendapatan untuk kehidupan. Sewaktu Adolf menjadi pelukis jalanan, seorang wanita tua, mendekatinya dengan member nasihat kepada Adolf. Hal ini menyebabkan Adolf mempunyai semangat anti-semitik di mana perasaan benci akan orang Yahudi. Perasaan ini timbul kerana kebanyakan perniagaan dipelopori oleh kaum Yahudi di Jerman. Semangat ini ditambah lagi dek kerana panel temuduga di Akademi Seni Halus, Vienna serta doktor yang merawat ibunya juga merupakan bangsa Yahudi. Oleh itu, Adolf bertekad untuk memasuki ketenteraan demi mempertahankan negara Jerman. Adolf Hitler mempunyai kecenderungan yang tiggi terhadap politik. Ketika Adolf berkubu di Belgium, pelbagai cabaran yang Adolf tempuhi sebagai tentera bawahan. Dia bersembunyi di parit yang berbau hanyir. Di sini, Adolf menemui sahabat baru bernama Bastian. Bastian berpendapat bahawa Adolf sangat bernasib baik kerana setiap kali berlaku peperangan, Adolf terselamat daripada sebarang kecederaan dan ledakan bom. Apabila sarjan meminta tentera yang berkubu di parit untuk menyelesaikan satu tugas yang agak berat, Adolf Hitler menawarkan diri untuk menjalankannya. Keberanian Adolf patut dicontohi oleh setiap anggota tentera kerana dia perlu menghantar maklumat kepada berek utama dengan merentasi medan pertempuran.
Adolf mengisi masa lapang dengan melukis dan membaca isu politik di kem. Adolf mendapat kecederaan ketika bertugas di Somme, Perancis. Dia telah menjumpai seekor anak anjing diberi nama Fuchls. Namun, anak anjing tersebut tidak mendengar kata Adolf lalu dia mendera anak anjing tersebut kerana terlalu geram. Adolf juga mempunyai sifat sabar yang tipis serta panas baran yang menyerupai median ayahnya, Alois Hitler. Adolf terkena ledakan bom ketika menunaikan tugasnya sebagai penghantar maklumat. Dia mempunyai kecederaan yang parah di bahagian kaki.Adolf dihantar ke Berlin untuk mendapat rawatan lanjutan. Setelah kecederaannya pulih, Adolf memohon untuk kembali ke medan perang akibat perasan yang membuak- buak marah kepada bangsa Yahudi.
Adolf juga telah menerima pingat Iron Cross 1st Class berpangkat koperal. Namun begitu, Adolf tidak akan dinaikkan pangkat kerana pihak atasan menilai Adolf tidak layan untuk menjadi seorang pemimpin atas sebab sifat panas barannya yang keterlaluan. Ketika bertugas di Ypress, Belgium, sekali lagi kubu Jerman digempur hebat oleh tentera British. Adolf dan Bastian menanggotai pertempuran ini. Adolf dikejarkan ke hospital ekoran terhidu gas Klorin yang dilepaskan oleh pihak musuh. Setelah mendapat rawatan, Adolf kecewa akibat perang tamat. Aldolf kembali ke dalam tentera dan ditugaskan untuk melakukan penyamaran ke dalam parti-parti politik yang mempunyai unsur komunisme. Dia menyertai perjumpaan parti Deutsche Arbeiterpaitei, DAP, tanpa sengaja dia telah meluahkan pendapat dalam perjumpaan tersebut lalu menarik minat presiden parti tersebut mengambil Adolf menjadi ahli. Adolf mula tertarik dengan tawaran presiden parti untuk dan menjadi ahli. Adolf member nafas baru ke dalam parti tersebut dalam perjuangkan nasionalisme dan mengkritik ideologi komunisme serta menentang bangsa Yahudi di Jerman. Penglibatan Adolf dalam politik dapat memberi impak besar terhadap parti dan dia dilantik menjadi pegawai propaganda. Dia juga telah mencetuskan pertelingkahan antara penyokong nasionalisme dan komunisme. Adolf bijak mengambil peluang untuk menjadi presiden parti ketika parti mempunyai konflik. Adolf Hitler kini menjadi presiden parti Nazi di jerman memperjuangkan nasionalisme demi mempetahankan Negara Jerman. Semangat perjuangan yang tinggi dalam diri Hitler dapat mencipta sebuah legasi yang hebat kelak
hi awak - awak, kirahae harini nak cerita pasal review buku yang kirahae dah baca pasal adolf hitler ni,,
TAJUK : HITLER AIR
MATA. DENDAM. PERJUANGAN
PENULIS : AL – GHAZALI
PENERBIT : PTS
Buku ini mengisahkan tentang seorang
perajurit bernama Hitler yang berasal dari Jerman menjadi seorang pemimpin yang
agung dalam peperangan ketika
tercetusnya perang Dunia Kedua, 1939 namun juga terkenal dengan sifat
kejamnya. Hitler hanyalah anak muda yang ingin mengejar
cita – citanya sebagai seorang pelukis sebelum mencebur diri dalam bidang
ketenteraan. Hitler berjaya menjadi seorang pemimpin peperangan membawa Jerman
memerangi suku dunia. Kisah bermula dengan kelahiran Hitler di rumah tumpangan,
Branau Am, Bahnhofstraße. Bapa Hitler bernama Alois Hitler, seoranag pegawai
kastam berkahwin Klara Polz yang mempunyai jarak umur yang jauh berbeza dalam
22 tahun. Adolf Hitler merupakan nama sebenar Hitler yang dipilih oleh bapanya,
Adolf bermaksud serigala mulia. Bapanya sudah mempunyai tiga orang anak sebelum
kelahiran Hitler, namun begitu ketiga –tiga mereka tidak mempunyai ajal yang
panjang. Mereka meninggal dunia pada awal usia kerana faktor wabak dan
persekitaran. Oleh itu, Alois memilih nama Adolf Hitler supaya mempunyai cirri pemimpin. Alois juga mempunyai dua orang adik –beradik tiri hasil perkahwinan Alois yang pertama. Alois menerima surat perpindahan ke Leonding, namun Klara risau akan hal itu kerana risau tentang penjagaan anak – anaknya. Alois berjaya meyakinkan Klara untuk berpindah ke Leonding. Alois Hitler merupakan seorang yang panas baran dan suka memarahi orang lain. Sifat sabarnya amat tipis. Klara terpaksa menerima perangai suaminya dengan sabar. Sewaktu di Leonding, Alois telah bersara dan membeli sebuah rumah yang berkonsepkan ladang. Oleh sebab faktor usia, Alois tidak berdaya untuk bertani dan membuatkan dia rasa penat lalu melepaskan amarah kepada keluarganya dengan menyakiti Klara serta menjadi peminum alcohol tegar. Pertelingkahan antara Klara dan Alois sering disaksikan oleh anak-anak mereka. Retetan itu, anak sulung mereka membantah tindakan bapanya dan melarikan diri ke Ireland akibat pertelingkahannya dengan Alois.